Sabtu, 25 Jun 2011

Alergi Makanan Pada Bayi dan Kanak-kanak

Alergi Makanan Pada Bayi dan Kanak-kanak

Pengalaman saya menghadapi anak sulung yang alergi makanan kerana kurang pengetahuan mengenainya, memang membuat saya kesal kerana tidak mengelak dia menghadapi masalah. Oleh itu, saya sertakan panduan mengenai alergi makanan ini agar pihak ibu-ibu dapat mengelak berlaku alergi makanan ini pada anak-anak kita.

Sharifah Nor Irma


Alergi makanan kian menjadi dan amat merunsingkan ibu bapa serta juga anak-anak mereka. Walaupun alergi makanan tidak dibatasi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam hidup seseorang. Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan; akan tetapi; ramai juga yang terus mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi adalah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alergi.


  • Kedua-dua ibu bapa tiada alergi ~ 5-15 % risiko alergi pada anak
  • Salah seorang alergi ~ 20-40 % risiko alergi pada anak
  • Kedua-dua ibu bapa alergi ~ 40-60 % alergi pada anak

Bagaimana alergi makan terjadi?

Lazimnya, sistem imun menyerang bakteria yang merbahaya, virus dan bahan-bahan asing dalam tyubuh sedangkan makanan dianggap tidak merbahaya. Alergi makanan terjadi apabila sistem imun tersilap dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein, sebagai merbahaya lalu menyerangnya


Tanda-tanda alergi makanan

Tanda-tanda alergi makanan termasuklah gatal, ekzema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang boleh membawa maut


Makanan yang boleh menyebabkan alergi


Apa jua makanan boleh menyebabkan alergi tetapi sesetengah makanan lebih alergenik. Makanan yang sangat alergenik termasuklah susu lembu, putih telur, kacang soya, ikan, kerang-kerangan, ketam, udang dan kacang tanah. Alergi terhadap susu lembu biasanya berlaku di kalangan bayi.


Mengapakah alergi perlu dicegah?

Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, namun alergi belum dapat diubati, Justeru itu alergi harus dicegah, terutama dikalangan bayi dan kanak-kanak. Kejadian alergi semakin meningkat dan merupakan satu masalah utama peringkat kanak-kanak. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian alergi akan mendedahkan anak kepada alergi yang lain. Contohnya alergi makanan ketika peringkat bayi mungkin mengundang alergi sistem pernafasan pada masa akan datang. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup untuk anak serta seisi keluarga.

Cara mencegah alergi

Cara yang terbaik untuk mencegah alergi ialah dengan menyusui bayi anda selama sekurang-kurangnya 6 bulan secara eksklusif. Susu ibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan juga sumber penting antibodi yang dikenali sebagai imunoglobin A (IgA)

Langkah-langkah berikut juga telah dibuktikan amat berkesan dalam mencegah dan mengurangkan alergi makanan:
  • Tentukan alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda
  • Sekiranya anda tidak dapat menyusu bayi anda kerana masalah perubatan berundinglah dengan doktor tentang pililhan lain seperti rumusan hipoalergenik
  • Susu kacang soya dan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan
  • Perkenalkan makanan pejal kepada bayi anda selepas dia berumur 6 bulan. berikan 1 jenis makanan baru setiap minggu (untuk mengetahui samada bayi anda alah pada makanan tersebut atau tidak). Tetapi elakan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama
  • Kurangkan habuk di dalam rumah
  • Jangan pelihara haiwan di rumah ataupun di pusat penjagaan kanak-kanak
  • Jangan merokok ketika mengandung ataupun berhampiran anak anda
Panduan Memperkenalkan Makanan Pejal

  • Makanan yang jarang menyebabkan reaksi alergi - bermula umur 6 bulan ~ Nasi, lobak merah, pear, epal & prun
  • Makanan yang biasanya sesuai tetapi kadang-kadang menyebabkan reaksi alergi -  bermula umur 6 bulan ~ Barli, oat, gandum, daging lembu, kambing, ayam, brokoli, kubis, ubi kentang, bayam, jagung dan pisang 
  • Makanan yang biasa menyebabkan reaksi alergi - bermula umur 9 bulan  ~ Kuning telur (perlu dimasak sepenuhnya), legum (kacang soya, kacang) & ikan
  • Makanan yang sangat alergenik - bermula umur 12 bulan ~ Makanan laut (udang, ketam, kapis segar dan yang dikeringkan), puih telur dan kacang tanah

Rujukan :   
Malaysian Society of Allergy & Immunology (MSAI)
www.allergymsai.org

1 ulasan:

Ummu Ukasyah berkata...

terima kasih atas infonya.. anak saya alergi debu..

  1. BOOKS
  2. BRA NURSING
  3. BREASTFEEDING ACCESSORIES
  4. BREASTMILK STORAGE
  5. BREASTPUMP
  6. COOLER BAGS
  7. INFANT FEEDING RANGE
  8. PACKAGE DEAL (VALUE BUY )
  9. SABUN PENGANTIN SRI NOORA'S
  10. CARA PEMBELIAN
  11. CARA PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN
  12. INFO
  13. TUDUNG SAJI SULAM REBEN
    CAJ PENGHANTARAN
    • RM10.00 untuk barangan lain selain set pump di semenanjung Malaysia
    • RM15.00 untuk barangan lain selain set pump di sabah dan serawak
    • RM15.00 untuk set pump di semenanjung Malaysia
    • RM20.00 untuk set pump di sabah dan serawak
    UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORONG ORDER
    @
    HUBUNGI SAYA DI
    h/p : 017-7401219 email: ziesalikan@gmail.com fb: zie salikan