Selasa, 14 Jun 2011

Bagaimana untuk memastikan bayi saya dapat susu yang mencukupi?

Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.
Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan.
Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.
Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda
mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.
Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu anda:
  • Susu anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.
Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional  (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.
  • Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit  pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu
  • Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejukan bayi anda untuk menyusu.
  • Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.
  • Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.
Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

  • Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan. Ketidakselesaan  ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.
  • Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan 5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira pertambahan berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika dikenalpasti dan dirawat awal.

info dari,
http://www.mybengkung.com/bayi%20dapat%20cukup%20susu.html

Tiada ulasan:

  1. BOOKS
  2. BRA NURSING
  3. BREASTFEEDING ACCESSORIES
  4. BREASTMILK STORAGE
  5. BREASTPUMP
  6. COOLER BAGS
  7. INFANT FEEDING RANGE
  8. PACKAGE DEAL (VALUE BUY )
  9. SABUN PENGANTIN SRI NOORA'S
  10. CARA PEMBELIAN
  11. CARA PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN
  12. INFO
  13. TUDUNG SAJI SULAM REBEN
    CAJ PENGHANTARAN
    • RM10.00 untuk barangan lain selain set pump di semenanjung Malaysia
    • RM15.00 untuk barangan lain selain set pump di sabah dan serawak
    • RM15.00 untuk set pump di semenanjung Malaysia
    • RM20.00 untuk set pump di sabah dan serawak
    UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORONG ORDER
    @
    HUBUNGI SAYA DI
    h/p : 017-7401219 email: ziesalikan@gmail.com fb: zie salikan