Selasa, 14 Jun 2011

Penyusuan Badan

Penyusuan Badan
Adakah penyusuan badan akan membantu rahim saya mengecut ke saiz sebelum mengandung?
Ya. Jika anda menyusu badan, kelenjar pituitari mengeluarkan hormon oxytocin, yang bertindak untuk menegangkan otot yang lembut seperti pundi susu di payudara anda. Ini menyebabkan susu anda bergerak ke hadapan payudara, memyediakan susu kepada bayi anda. Dengan setiap penyusuan, oxytocin akan menyebabkan sel-sel otot ini di dalam rahim menegang, mengakibatkan rahim mengecut kembali ke saiz asal. Oxytocin mempunyai 1 lagi kesan yang penting, perasaan sayang dalam diri ibu-ibu terhadap bayi-bayi mereka. Kadang-kadang hormon ini juga dikenali sebagai 'hormon sayang'.
Adakah penyusuan ini membantu berat badan saya turun?
Ketika anda mengandung, badan anda secara semulajadi menambah tisu-tisu lemak supaya anda mempunyai lemak yang mencukupi untuk mula dan menyokong penyusuan. Selepas mempunyai bayi, jika anda makan pelbagai makanan dan seimbang, penyususan akan menolong menurunan berat badan tanpa mempengaruhi kesihatan anda atau bayi dengan berdiet. Dan anda secara natural membakar lemak untuk menghasilkan susu setiap kali anda menyusu badan.
Wanita yang mengamalkan diet, bersenam dengan kerap, atau kurang makan mungkin dapat menurunkan berat badan dengan segera, tetapi mereka juga akan melepaskan tahap toksin yang tinggi ke susu badan mereka. Namun, susu ini tetap merupakan susu yang paling sihat untuk bayi, jadi jangan jadikan kenyataan ini untuk berhenti menyusu. Buatlah penurunan secara teratur, makan ketika lapar dan pastikan minum air yang secukupnya. Ini adalah cara yang terbaik dan selamat untuk kurangkan berat badan.
 
Adakah penyusuan menyebabkan nafsu seks saya terganggu
Mungkin, tetapi ia tidak akan berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi nafsu pada ibu-ibu baru ini. Paling ketara adalah kepenatan ketika berpantang, kepenatan yang mungkin berlebihan jika anda sahaja yang dapat memenuhi kehendak bayi baru anda seperti menyusu pada setiap beberapa jam (selain menidurkan, menukar lampin dan mendukung bayi anda) mungkin menyebabkan anda keletihan pada akhirnya dan kurang berminat kepada pasangan anda.
Akhirnya, penyusuan akan menahan ovulasi selepas beberapa bulan bersalin – iaitu cara semulajadi mengelak dari mengandung semula. Ini juga bermakna, jumlah estrogen yang beredar dalam badan anda berada jauh bawah dari paras normal, menyebabkan vaginal kekeringan dan kekurangan keinginan.
Tetapi setiap wanita adalah berbeza, kebanyakan wanita yang menyusu mengatakan penyusuan tidak memberi kesan ini kepada mereka, malah terdapat yang merasa lebih seksual. Mereka mendapati penyusuan adalah sesuatu yang menarik , yang menyebabkan mereka berperasaan berahi terhadap pasangan mereka. Penyusuan juga memberi wanita perasaan lebih menghargai badan mereka, altitud yang menyebabkan keinginan untuk bersama timbul.
Jika anda adalah mereka yang tidak bernasib baik, ingatkan diri anda dan pasangan anda, adalah normal seks ibu yang menyusu ini adalah kurang. Pastikan berkomunikasi secara terbuka dan cari cara lain (seperti mandi bersama, saling urut –mengurut) Paling penting, letakan semua ini  dalam satu perspektif – Kebanyakan ibu bapa baru ini mengatakan ini hanyalah sementara untuk mendapat kebaikan yang lebih daripada penyusuan itu.
Saya masih menyusu anak saya yang berumur 7 bulan dan saya baru sahaja mengalami period yang pertama selepas bersalin. Adakah kitaran period saya akan tetap walaupun saya masih menyusukan bayi?

Kebanyakan ibu akan mendapati kitaran period mereka akan kembali apabila mereka mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi mereka atau apabila bayi mula tidur lebih lama iaitu 4 ke 6 jam. 
Bila kitaran akan mula tetap tidak dapat dipastikan, setiap wanita mempunyai pengaruh hormonal yang berbeza terhadap penyusuan badan. Namun 1 perkara yang pasti ialah anda perlu beringat anda telah mula subur. Bermulanya period anda adalah petanda ovulasi telah bermula. Jika anda tidak bercadang menambah ahli keluarga anda, jumpalah doktor anda mengenai pilihan untuk mengawal kelahiran.  Hanya pil progestin yang boleh digunakan ketika menyusu bayi, tetapi terdapat kajian mengatakan ianya akan mengubah komposisi susu badan. Maka ramai pakar mencadangkan ibu-ibu yang menyusu bayi menggunakan kaedah lain seperti penggunaan diaphragm atau kondom.


info dari
http://www.mybengkung.com/Penyusuan.html

Tiada ulasan:

  1. BOOKS
  2. BRA NURSING
  3. BREASTFEEDING ACCESSORIES
  4. BREASTMILK STORAGE
  5. BREASTPUMP
  6. COOLER BAGS
  7. INFANT FEEDING RANGE
  8. PACKAGE DEAL (VALUE BUY )
  9. SABUN PENGANTIN SRI NOORA'S
  10. CARA PEMBELIAN
  11. CARA PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN
  12. INFO
  13. TUDUNG SAJI SULAM REBEN
    CAJ PENGHANTARAN
    • RM10.00 untuk barangan lain selain set pump di semenanjung Malaysia
    • RM15.00 untuk barangan lain selain set pump di sabah dan serawak
    • RM15.00 untuk set pump di semenanjung Malaysia
    • RM20.00 untuk set pump di sabah dan serawak
    UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORONG ORDER
    @
    HUBUNGI SAYA DI
    h/p : 017-7401219 email: ziesalikan@gmail.com fb: zie salikan