Jumaat, 29 April 2011

Kumpulan Makanan Yang Penting

Kumpulan Makanan Yang Penting

KALSIUM
  • Seperti susu dan hasil tenusu (yogurt/keju/ dadih, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin/ikan bilis), kacang dan hasil kacang (dhal/tauhu/susu soya/ tempe), sayuran berdaun hijau (bayam/ cekur manis/ selada air/ daun mustard/ daun ubi/ kailan/ brokoli) dan produck yang diperkaya dengan kalsium.
  • Saranan pengambilan : 1000mg/hari.
  • Kalsium suplemen disarankan kepada ibu yang kurang pengambilan melalui diet.
  • Fungsi:
          Untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, membantu membina tulang dan gigi yang kuat, meningkatkan
           fungsi otot dan saraf.
  • Kekurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis, pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut, osteomalasia dan rikets.

VITAMIN A
  • Sumber daripada hati, telur, marjerin, susu penuh krim, susu rendah lemak, beta karotena daripada makanan (labu, lobak, aprikot, mangga, betik serta buah-buahan atau sayuran berwarna kuning/ oren/ merah dan juga sayuran berdaun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi) yang akan ditukar kepada vitamin A oleh tubuh kita.
  • Fungsi:- Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna.
  • Kesihatan tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.
  • Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang kala memulihkan rabun malam)untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Kulit yang sihat.
VITAMIN B1
  • Seperti yis, daging tanpa lemak dan kekacang, produk yang difortifikasikan seperti roti, produk bijirin dan biskut. 
VITAMIN B2
  • Seperti kekacang (kacang kuda, soya, kacang merah dan kacang hitam) daging, telur ayam dan ekstrak daging.
VITAMIN B3
  •  Seperti daging lembu, hati, ikan, ikan bilis dan kacang-kacang lain, bijian penuh dan tepung gandum mil penuh
VITAMIN C
  • Seperti jambu, brtik,kiwi,limau, buah beri, buah-buahan sitrus, sayuran hijau seperti asparagus, avocado,black currants, kobis bunga, anggur, kobis, mempelam, biji sawi hijau, bawang, kacang peas hijau, bayam, strawberi,tomato dan selada air. Ia adalah penting untuk sistem imunisasi serta membantu penyerapan zat besi dan mineral perlu dalam badan.
  • Suplemen tambahan tidak diperlukan bagi ibu yang mengambil makanan secara seimbang dan mencukupi dalam diet hariannya. 
FOLAT
  • Seperti sayuran berdaun hijau, kacang bendi, asparagus, kekacang, hasil bijian yang diperkaya dan hati.
ZINK
  • Seperti daging, ikan, kekerang, kacang, biji benih, kekacang, bijirin bijian penuh (terutamanya bran)
IODIN
  • Makanan laut seperti kerang, kupang, ikan air laut, rumpai laut, telur, daging, susu dan hasil susu, bijirin, kekacang yang dikeringkan, sayuran yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan.
AIR/CECAIR
  • Disarankan mengambil sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari dan digalakan meminum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
  • Fungsi:- Menghalang daripada dehidrasi, mengekalkan kuantiti susu ibu yang dihasilkan dan mengelakkan sembelit.
  • Ibu perlulah meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil/meminum susu, air sup, kuah dan buah-buahan.
  • Dahaga merupakan petunjuk bahawa jumlah air yang diambil tidak mencukupi.

petikan dari majalah nona april 2010/ms187 





Tiada ulasan:

  1. BOOKS
  2. BRA NURSING
  3. BREASTFEEDING ACCESSORIES
  4. BREASTMILK STORAGE
  5. BREASTPUMP
  6. COOLER BAGS
  7. INFANT FEEDING RANGE
  8. PACKAGE DEAL (VALUE BUY )
  9. SABUN PENGANTIN SRI NOORA'S
  10. CARA PEMBELIAN
  11. CARA PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN
  12. INFO
  13. TUDUNG SAJI SULAM REBEN
    CAJ PENGHANTARAN
    • RM10.00 untuk barangan lain selain set pump di semenanjung Malaysia
    • RM15.00 untuk barangan lain selain set pump di sabah dan serawak
    • RM15.00 untuk set pump di semenanjung Malaysia
    • RM20.00 untuk set pump di sabah dan serawak
    UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORONG ORDER
    @
    HUBUNGI SAYA DI
    h/p : 017-7401219 email: ziesalikan@gmail.com fb: zie salikan