Khamis, 21 April 2011

pemakanan semasa laktasi

Pemakanan Semasa Laktasi

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Anda disarankan untuk menyusui bayi dengan susu ibu secara eklusif sehingga 6 bulan pertama kelahiran dan diteruskan sehingga 2 tahun atau lebih. Ini kerana pemakanan yang diterima oleh bayi pada 6 bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayar. Oleh itu, adalah penting untuk ibu yang menyusukan bayi untuk mengamalkan diet yang seimbang, betul dan sihat. Anda juga tidak digalakan menghadkan pengambilan makanan semata-mata untuk kurus. Ini kerana menyusu bayi secara semulajadinya dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan. Pengamalan diet yang sihat menjamin kualiti susu ibu serta mengekalkan kesihatannya serta memberi tenaga untuk menjaga bayi anda. Faedah ini secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.


Kepentingan Pengambilan Makanan Semasa Menyusukan Bayi

  • Untuk membekalkan diet/nutrien yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurangan semasa menyusu bayi.
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi.
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal (iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan seterusnya boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi


Tiada ulasan:

  1. BOOKS
  2. BRA NURSING
  3. BREASTFEEDING ACCESSORIES
  4. BREASTMILK STORAGE
  5. BREASTPUMP
  6. COOLER BAGS
  7. INFANT FEEDING RANGE
  8. PACKAGE DEAL (VALUE BUY )
  9. SABUN PENGANTIN SRI NOORA'S
  10. CARA PEMBELIAN
  11. CARA PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN
  12. INFO
  13. TUDUNG SAJI SULAM REBEN
    CAJ PENGHANTARAN
    • RM10.00 untuk barangan lain selain set pump di semenanjung Malaysia
    • RM15.00 untuk barangan lain selain set pump di sabah dan serawak
    • RM15.00 untuk set pump di semenanjung Malaysia
    • RM20.00 untuk set pump di sabah dan serawak
    UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORONG ORDER
    @
    HUBUNGI SAYA DI
    h/p : 017-7401219 email: ziesalikan@gmail.com fb: zie salikan